Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size
Print This Page

Tahun 2015 menyaksikan pembukaan tiga buah bangunan Perpustakaan baru iaitu di Kota Belud, Matunggong dan Tambunan. Ini bermakna masyarakat di daerah-daerah ini akan dapat menikmati perkhidmatan di bangunan perpustakaan yang lebih besar, baik dan selesa.

Kami turut berbangga kerana telah memenangi Anugerah "Best Society Inclusive Website 2015" dalam pertandingan tahunan laman web kerajaan anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

Dengan tibanya van-van bergerak yang baru bagi menggantikan van-van yang telah usang bermakna pada awal tahun 2016 ini, para pelajar dan penduduk kampong di daerah Tambunan, Kota Marudu dan Sandakan akan kembali menikmati kemudahan Perpustakaan Bergerak melalui van-van yang baru ini.

Sementara itu pembinaan bangunan Perpustakaan Cawangan Kinabatangan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan akan bermula pada tahun 2016. Kita juga akan menyaksikan siapnya pembinaan bangunan Perpustakaan Wilayah Kota Kinabalu di Tanjung Aru , yang amat kita nantikan kerana keunikan konsepnya.

Mulai tahun hadapan pula Perpustakaan Negeri Sabah akan kembali kepada tujuan asal pewujudannya iaitu untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Negeri Sabah pada semua peringkat usia melalui pelancaran kempen membaca di seluruh negeri. Kempen ini akan dianjurkan bertepatan dengan Hari Buku Sedunia dan Hari Hak Cipta pada 23 April 2016. Pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan sepanjang kempen membaca ini dan banyak agensi serta organisasi lain akan dilibatkan bagi membantu agar kempen ini akan memberikan satu impak yang lebih tinggi dan akan mencetuskan lonjakan peningkatan pada jumlah keahlian perpustakaan serta peminjaman bahan-bahan perpustakaan seperti buku dan majalah.

Jika anda mempunyai sebarang idea atau komen yang boleh membantu kami meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, sila hantarkan emel kepada saya.

Jadikan perpustakaan sumber maklumat anda!

Tandatangan Pengarah

Director's Photo