Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size
Print This Page

Perkhidmatan Rujukan Dan Maklumat

 

Bahagian Rujukan Dan Maklumat Ibu pejabat Kota Kinabalu terletak di aras 3 bangunan. Koleksi yang terdapat disini hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

 

Jika anda menemui sebarang kesukaran dalam pencarian bahan atau maklumat, sila berjumpa dengan pustakawan rujukan yang bertugas atau menulis kepada kami di alamat berikut:

 

KEAHLIAN

Seksyen Rujukan terbuka kepada setiap pengguna yang berumur 10 tahun keatas. Walau bagaimanapun bagi penggunaan koleksi Tanda Merah dan Putih , setiap pengguna dikehendaki menjadi ahli rujukan .

 

Sila bawa bersama item berikut semasa pendaftaran:

1) Kad keahlian Perpustakaan

2) Gambar berukuran kad Pengenalan

3) Kad Pengenalan yang asli

 

Kad Keahlian Rujukan ini hanya sah digunakan selama dua tahun, boleh diperbaharui tetapi tidak boleh dipindah milik. Setiap ahli adalah bertanggungjawab keatas kad keahlian mereka masing-masing.

 

KHIDMAT PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) adalah pinjaman diantara perpustakaan-perpustakaan Ibu Pejabat, Wilayah dan cawangan Perpustakaan Negeri Sahaja.

 

Pinjaman antara perpustakaan lain hendaklah dilakukan melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

 

KOLEKSI RUJUKAN

Koleksi Seksyen Rujukan dibahagikan kepada dua kategori:

 

A) Koleksi Terbuka

B) Koleksi Tertutup