Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size
Print This Page

Sejarah Dan Kronologi

1953 Perpustakaan Negeri yang pertama di Sabah ditubuhkan sebagai sebuah seksyen di Jabatan Penyiaran dan Penerangan
1966 Perpustakaan bergabung dengan Muzium Sabah dan membentuk nama Jabatan Muzium dan Perpustakaan
1972 Perpustakaan dipisahkan dengan Muzium Sabah  dijadikan sebagai sebuah jabatan tersendiri.  Jabatan perpustakaan ditadbir dibawah Kementerian Kebajikan Masyarakat
1976 Pentadbiran Jabatan Perpustakaan diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta nama ditukar kepada Jabatan Perpustakaan Negeri sabah
1982 Bidang kuasa pentadbiran Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah diserahkan kembali kepada Kementerian Perkhidmatan Sosial
1987 Perpustakaan Negeri Sabah melangkah ke era teknologi komputer
1988 ‘URICA’, sistem komputerisasi perpustakaan yang digunakan Perpustakaan Negeri Sabah telah dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Perkhidmatan Sosial, Yang Berhormat Datuk Ariah Tengku Ahmad.
Enakmen Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan kemudian diwartakan pada 29 September 1988
1990 ‘OPAC’ (Online Public Access Catalogue), telah dilancarkan oleh Alahyarham Yang Berhormat Datuk Jawawi Haji Isa, Pembantu Menteri Perkhidmatan Sosial
1993 Bangunan baru Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Sandakan dibuka dengan rasminya pada 21 Disember 1993 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah
1994 Bangunan baru Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau telah dibuka dengan rasminya pada 16 February 1994  oleh Yang Amat Berhormat Datuk Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah
1995 Perkhidmatan INTERNET diperkenalkan di Ibu pejabat  Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Bangunan Baru Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Keningau telah dibuka dengan rasminya pada 30 Oktober 1995 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri.

>> Seterusnya..