Tajuk : Panduan Diet Untuk Golongan Darah B
Penulis : Budi Sutomo
Penerbit : Synergy Media
Pengulas : AINE NADDIA BT SAMIN |
![]() |
PENYAKIT yang berkaitan dengan daya ingatan seperti Alzheimer/nyanyuk sering berlaku kepada golongan darah B. Mereka juga tidak digalakan mengambil pemakanan seperti kekacang, biji-bijian dan daging ayam. Walaupun demikian bagi mengantikan daging ayam golongan darah B ini digalakan mengambil daging lembu, kambing dan ikan. Pemgambilan daging ayam ini tidak sesuai kerana kimia dalam daging ayam mempunyai kesan yang tidak baik untuk kelompok darah jenis B kerana ia boleh menganggu hormon insulin dan akan menganggu kelancaran enzim pencernaan.
Terdapat 4 bab di dalam buku ini iaitu:
Antara kelompok karbohidrat yang bermanafaat kepada golongan darah B adalah beras, bubur gandum oat dan perlu dihindari adalah seperti gluten, jagung, mi soba dan sereal corn flakes. Kelompok daging yang baik adalah daging kambing, rusa dan arnab dan yang perlu dielakkan adalah daging ayam, angsa, jantung lembu, itik dan burung dara. Kelompok makanan laut yang tidak sesuai adalah ketam, udang, ikan bilis, siput , ikan beluga, trout, barakuda, salmon dan ikan ekor kuning.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.