Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size

QSearch @ Murut |Murut @ Sabah |Tumbuhan Penghalau Nyamuk|Tips Belajar Tanpa Stress | Awaken The Giant |Cukupkah Wang Anda? | Memacu Transformasi | Tumbuhan Liar Berkhasiat Untuk Perubatan |96 Kod Rahsia Bagaimana Untuk Berjaya | Mencegah, Merawat Dan Memulihkan Penagihan Dadah | Perjalanan 1 Malaysia | Lansing Badan : Care Yourself | Berwaspadalah Dengan Bahaya Kosmetik | Buat Duit Dengan Penternakan Lembu | Rahsia Panjang Umur | Aura Guru Super

Print This Page
Tajuk : QSearch @ Murut AffiliateQsearch2
Penulis : Kumpulan 7 Stars
Penerbit : Perpustakaan Negeri Sabah
Pengulas :

Chong Sui Kim


Buku bertajuk QSearch@Murut, Jilid 1 dan 2 merupakan 2 buah kompilasi bahan-bahan maklumat yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 7 Stars dari Perpustakaan Negeri Sabah, bertujuan untuk membantu para penyelidik serta pelajar mendapatkan maklumat mengenai etnik Murut di Sabah.

QSearch@Murut, Jilid 1 adalah kompilasi beberapa terbitan berbentuk monograf yang mengandungi maklumat atau bab, khususnya berkenaan dengan etnik Murut di Sabah seperti tersenarai di bawah ini:-
1. Adat dan Ritual Kematian di Sabah/ Penyunting: Saidatul Nornis Hj. Mahali. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2010.
2. Pluraliti Etnik dan Budaya di Sabah/ Penyunting: Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd. Sarim Hj. Mustajab, Suraya Hj. Sintang. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2007.
3. Warisan Motif dan Corak Etnik Sabah/ Penulis: Ismail Ibrahim. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2007.
4. Warisan Motif dan Corak Murut/ Penulis: Ismail Ibrahim. ed. 2. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2015.
5. Warisan Seni Etnik Sabah/ Penyunting : Ismail Hj. Ibrahim, Jane Wong Kon Ling. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS), 2002.
6. Adug Sabulig dan Si Tarunggari/ Penyelenggara: Norjanah Yusof, Noorzanani Hj. Kata, Cliff Akid Kamijan Abdullah. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
7. Busana Tradisional Etnik Sabah, Jilid 1 / Penulis: Yusri B. Shamdin, Jasni Matlani, Razaidi B. Mat Yusop, Rubiah Nordin. Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Negeri Sabah (JKKN), 2007.
8. Kamus Murut Timugon / Kadazandusun Language Foundation (KLF), 2004.
9. Murut dan Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah / Penyunting: Kntayya Mariappan & Paul Porodong. Institut Terjemahan & Buku Bahasa Malaysia (ITBM), 2012.
10. Rumah Tradisional Etnik. Jabatan Muzium Malaysia & Jabatan Muzium Sabah, 2007.
Buku-buku ini terdapat dalam Koleksi Sejarah Tempatan (LHC) di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah.

Manakala, QSearch@Murut, Jilid 2 pula mengandungi maklumat etnik Murut terkumpul dari buku-buku cendera kenangan yang diterbitkan sempena perasmian perayaan atau pesta berkaitan seperti Pesta Kalimaran, Pelancaran Pesta Kaamatan dan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

Koleksi ini merangkumi keluaran dari tahun 1998 sehinggalah tahun 2015. Pesta Kalimaran telah disambut setiap tahun di daerah Tenom sejak tahun 2004. Mulai tahun 2015, Pesta Kalimaran Peringkat Negeri diadakan dwi- tahunan. Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah biasanya dilancarkan setiap tahun pada 1hb Mei bertempat di salah sebuah daerah yang terpilih di Sabah. Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah diraikan setiap tahun sepanjang bulan Mei di seluruh negeri Sabah. Acara kemuncaknya ialah pada 30-31hb Mei di Hongkod Koisaan KDCA Penampang. Maklumat-maklumat mengenai etnik Murut di Sabah yang diperoleh daripada buku-buku cendera kenangan tersebut di kumpul dan di kompilasi dalam sebuah jilid bagi memudahkan pengguna merujuk semua maklumat mengenai Pesta Kalimaran dan sebagainya.

Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan perpustakaan, Perpustakaan Negeri Sabah bertekad untuk memenuhi keperluan maklumat pelanggan melalui penyediaan sumber rujukan & maklumat yang lengkap dan terbaik. Salah satu daripada kaedahnya ialah mengumpul bahan-bahan koleksi perpustakaan khususnya terbitan tempatan serta pencarian maklumat tambahan di luar daerah. Oleh kerana kesemua koleksi bahan bacaan perpustakaan adalah dilindungi di bawah Akta Hak cipta, maka pihak perpustakaan telah memohon dan diberi kelulusan daripada kesemua penerbit buku-buku berkenaan untuk mencetak semula kandungan bahan yang berkaitan dengan etnik Murut.

QSearch@Murut mengandungi sebuah indeks di setiap belakang buku atau ‘back of the book index’ yang disediakan khusus bagi mempermudah serta mempercepatkan pengguna mencari maklumat etnik Murut dalam kedua-dua jilid buku tersebut.

QSearch@Murut, Jilid 1 & 2, boleh didapati di semua perpustakaan Wilayah dan Cawangan di seluruh negeri Sabah serta di Pusat Rujukan Negeri (PRN), di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah sebagai bahan rujukan dalam perpustakaan SAHAJA.