Tajuk : Rahsia Buat Duit Dengan Ebay
Penulis : Azahar Abdul Rahman
Penerbit : PTS Professional Publishing
Pengulas :AINE NADDIA BT SAMIN |
![]() |
EBAY ada berkaitan dengan internet. Oleh yang demikian adakah anda berminat menjana pendapatan melalui internet? Adakah anda bercita-cita menceburi perniagaan internet tetapi tidak tahu memulakannya? Apakah anda fikir semua perniagaan internet memerlukan laman web dan ini menghalang anda memulakan perniagaan itu? Sebenarnya kita boleh memulakan perniagaan internet pada bila-bila masa tanpa perlu laman web sendiri.
Buku Rahsia Buat Duit dengan Ebay, sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan ini. Isi kandungan buku dibahagikan kepada 3 bab besar iaitu:-
Dalam bahagian 1 tajuk-tajuk kecil di dalamnya adalah Pengenalan, Menceburi perniagaan internet dan Langkah-langkah memulakan perniagaan internet.
Kupasan daripada bab ini menyatakan dalam menceburi diri ke dalam perniagaan internet yang lebih luas dan mencabar ini seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya tahu menggunakan sistem penerimaan dan pembayaran melalui internet, tahu penggunaan e-mel bagi menghubungi pelanggan dan tahu membuat penyediaan data.
Keperluan asas bagi memulakan perniagaan internet adalah seperti computer, kamera digital ataupun camcorder, pengimbas atau scanner, internet, e-mail, akaun bank, kad kredit, persediaan minda seperti tetapkan matlamat, jadual waktu, disiplin diri, sabar, sentiasa belajar perkara baru dan produk dijual tanpa sempadan.
Dalam bahagian 2 kumpulan tajuk-tajuknya adalah Mulakan perniagaan tanpa laman web sendiri, apakah itu ebay?, Bagaimana mendaftar di ebay?, Maklumat kad kredit, Sign in dan sign out, Cara pembayaran, Pindaan wang melalui bank, Paypal, Menggunakan Paypal, Menerima bayaran, Membuat pembayaran, Tip dan strategi jualan di internet, Menjual produk, Memulakan aktiviti jualan, Menyenaraikan produk, Lelongan berganda, Membuat pindaan berkenaan produk, Apabila produk Berjaya dijual, Pembeli palsu, Produk tidak terjual, Strategi membida, membeli produk di eBay, Barangan yang tidak boleh dibeli, Perkara yang perlu dilakukan sebelum membeli, Bagaimana membuat pembelian, Berjaya membeli, Membuat pembayaran, Maklumbalas dan kesannya, Barangan yang dibeli rosak ataupun tidak sampai, Komuniti eBay dan Pengetahuan dalam eBay.
Maklumat daripada bahagian 2 ini menyatakan lebih terdapat 1000 kategori barangan dan 1.5 billion pengunjung ke laman web eBay setiap bulan. Tahukan anda sepasang suami isteri di Wyoming memperolehi pendapatan USD600,000 setahun melalui eBay. Anda boleh melihat berita dan kejayaan induvidu di eBay melalui pautan seperti:-
Antara faktor-faktor penyebab kenapa pembeli suka membeli barangan di eBay adalah:-
Secara ringkas polisi eBay dapat diterangkan seperti ianya adalah privacy, mempunyai feedback iaitu feedback mendesak, jual/beli feedback dan salah guna feedback. Ia juga mempunyai polisi ketat mengenai dengan identiti yang tidak disalahguna. Dalam bahagian 2 ini juga member langkah-langkah membuat bidaan.
Untuk permulaan bagi membuat pendaftaran sebagai ahli sebelum dibenarkan berurus niaga di eBay anda hanya perlu melayari laman web www.ebay.com.my.
Terdapat juga beberapa informasi mengenai dengan masalah-masalah yang menyebabkan mengapa produk tidak dapat dijual. Antaranya adalah disebabkan harga barangan tidak kompetitif, gambar tidak menarik, produk yang dijual tidak tepat, maklumat mengenai produk tidak cukup, ‘keyword’ tajuk tidak menunjukkan gambaran yang jelas mengenai dengan produk, tempoh masa bidaan mestilah sesuai, tidak mengambil tahu ruangan soal jawab daripada pelanggan dab penghantaran yang tidak relevan.Bagi mengatasi permasalah ini perlulah ada senarai semula barangan yang telah dijual dan yang tidak terjual.
Dalam bahagian ke 3 antara tip-tip kejayaan adalah seperti pastikan anda membaca dengan betul setiap maklumat berkenaan barangan yang mahu dijual,semak harga belian, semak senarai feedback yang diterima dari penjual ataupun pembeli sebelum membuat urusniaga, sebelum membeli sesuatu barangan cuba berkomunikasi dengan penjualnya, bina reputasi dengan mendapat sebanyak mana feedback yang positif, gunakan kata kunci yang tepat, gambar barangan yang menarik, perkhidmatan penghantaran yang baik tetapi murah, bina senarai nama pelanggan yang sedia ada untuk produk yang akan datang dan bermacam-macam lagi maklumat dan nasihat yang diberi dalam bab ini.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088- 256 192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku- buku mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila hubungi dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.