Tajuk : Eksekutif Smart
Penulis : Peter F. Drucker
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Pengulas : CHONG SUI KIM |
![]() |
Tiada siapa dilahirkan efektif secara semula jadi, namun sebenarnya efektif
dapat dipelajari. Ia wajib dipelajari oleh mereka yang serius dan mahu
dipandang serius dalam kerjanya. Eksekutif yang efektif berbeza daripada
segi personaliti, kekuatan, kelemahan, nilai dan pegangan masing-masing.
Persamaan mereka adalah mereka sentiasa melakukan apa yang sepatutnya
dilakukan. Keberkesanan adalah kemahiran.
Buku ini mengandungi tujuh bab kesemuanya:
Subjek buku ini adalah bagaimana mengurus diri sendiri supaya menjadi lebih
berkesan. Tidak dapat dibuktikan sama ada kita mampu menguruskan orang
lain ataupun tidak. Tetapi kita pasti mampu menguruskan diri kita sendiri.
Eksekutif yang tidak mampu menguruskan diri sendiri tidak akan mampu
mengurus rakan-rakan dan orang bawahannya.
Eksekutif yang bijak berilmu ataupun bekerja keras sahaja tidak semestinya
efektif. Efektif atau keberkesanan itu adalah sesuatu yang lain sama sekali.
Tetapi menjadi efektif tidak memerlukan bakat ataupun latihan yang istimewa.
Keberkesanan memerlukan eksekutif melakukan beberapa perkara yang
spesifik. Penulis buku ini mempunyai pengalaman selama 45 tahun bertugas
menjadi perunding eksekutif di pelbagai jenis organisasi di serata dunia.
Eksekutif dibayar gaji bagi menjadi efektif, sama ada mereka bertugas
sebagai pengurus yang bertanggungjawab ke atas prestasi diri sendiri dan
orang lain, ataupun sebagai individu profesional yang hanya
bertanggungjawab ke atas prestasi mereka sendiri sahaja. Tanpa menjadi
efektif tidak mungkin ada ‘prestasi’, tidak kiralah berapa jam yang
diperuntukan. Namun tidak begitu mengejutkan apabila kita mengatakan kita
tidak begitu mengambil kisah berkenaan eksekutif yang efektif selama ini.
Pada abad yang lalu, tidak ramai antara kita yang berurusan dengan
organisasi yang besar. Menjadi efektif sebagai eksekutif bermakna menjadi
efektif di dalam dan melalui organisasi. Sebelum ini tidak ada sebab mengapa
kita perlu risau sama ada eksekutif itu berkesan ataupun tidak.
Walaubagaimanapun kini, kebanyakan orang terutamanya golongan yang
berpelajaran pasti mendapati diri mereka bekerja dalam organisasi.
Masyarakat di kebanyakan negara maju masa kini sudah menjadi gabungan
sekumpulan organisasi.
Keberkesanan masyarakat moden dan kebolehannya berfungsi semakin
bergantung pada keberkesanan mereka yang bekerja sebagai eksekutif
dalam organisasi tersebut. Eksekutif efektif sudah menjadi antara sumber
terpenting dalam masyarakat, dan keberkesanan sebagai eksekutif sudah
menjadi keperluan penting bagi mencapaian dan kejayaannya ataupun bagi
mereka yang sudah dipertengahan usia pekerjaan mereka.
Mengapa perlu menjadi efektif? Menambah keberkesanan mungkin juga satu-
satunya menambah produktiviti, pencapaian dan rasa puas hati eksekutif
dalam kerjanya secara signifikan.
Eksekutif yang efektif jarang memulakan dengan merancang tugas sebaliknya
menganalisis bagaimana masa mereka digunakan terlebih dahulu. Dan
merancang masa serta cuba mengurangkan aktiviti yang tidak produktif.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui
ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk di hantar ke
perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan
terdekat untuk tempahan pinjaman.