Tajuk : Fasilitator Efektif Dan Dinamik
Penulis : Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Pengulas : AINE NADDIA BINTI SAMIN |
![]() |
KONSEP fasilitator bukan lagi pendekatan yang baru diperkenalkan. Ianya adalah merupakan suatu aplikasi yang telah lama diwujudkan dalam keperluan perkhidmatannya terutama di era globalisasi. Peranan fasilitator dianggap sebagai penunjuk jalan bagi golongan yang hilang arah kehidupan serta matlamat hidup.
Perkataan fasilitator adalah berasal daripada bahasa Inggeris yakni Facilitator yang bermaksud pemudah cara. Tanggungjawab fasilitator adalah memastikan objetif setiap permainan simulasi tercapai. Ia juga berperanan mengawal ahli kumpulan supaya tidak melampaui batas ataupun menimbulkan provokasi yang dapat memberi kesan kepada seluruh program itu.
Buku ini mengandungi 8 bahagian kesemuanya yang mana terdapat lebih daripada 20 bab untuk memudahkan pemahaman pembaca. 8 bahagian tersebut adalah:-
Kupasan daripada bab 1 Konsep Asas Fasilitator, menurut Wan Norjihan(2003), fasilitator efektif melibatkan perlbagai sikap dan keterampilan peribadi. Seorang fasilitator efektif perlu mempunyai ciri-ciri seperti:-
Seorang fasilitator yang dinamik pula merupakan seorang fasilitator yang dapat mengawal kumpulan di bawah jagaannya dengan baik tanpa mengalami kegagalan yang mengecewakan. Ia perlu mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi mengendalikan kelompok iaitu:-
Untuk menjadi seorang fasilitator, seseorang itu perlulah mempunyai tanggungjawab, berkerjasama, jujur, bijak berkomunikasi, menghormati ahli kelompok, berpengetahuan, bersifat terbuka dan positif, kreativiti, tahu mengawal emosi, berkebolehan berhumor, berkemahiran dalam membuat keputusan, kaunseling dan sebagainya dan berilmu.
Seorang fasilitator juga boleh dianggap sebagai pembimbing, pemegang amanah dan pendakwah.
Dalam diri seseorang fasilitator perlu ada etika dan prinsip. Prinsip bertanggungjawab, menyimpan rahsia, menjalankan tugasan yang ditetapkan, membantu ahli-ahli dalam kumpulan dan bersikap jujur akan menghasilkan beberapa kebaikan kepada fasilitator dan ahli-ahli di dalam kumpulannya. Antara kebaikannya adalah:-
Sebaliknya jika etika dan prinsip tidak diikuti akan mengakibatkan berlakunya tiada kerjasama antara ahli-ahli kelompok, terbentuk fasilitator yang tidak berpengalaman dan kurang mahir dan tiada etika kerahsiaan.
Daripada bab 6 menghadapi Klien Atau Peserta Bermasalah, menyatakan mengapa, kenapa dan bagaimana klien bermasalah wujud?. Menurut Ahmad Zaid Abdul Razak (2004), terdapat beberapa keadaan yang menjelaskan perkara ini berlaku yakni:-
Bagaimana untuk mengenali klien ataupun peserta bermasalah adalah melalui:-
Bagi menghadapi keadaan ini seorang fasilitator itu perlu menggunakan beberapa tindakan bagi membantu menghadapi keadaan seperti di atas yakni dengan bersikap lebih sabar serta memberi perhatian lebih kepada klien bermasalah, perlu lebih peka dan mengambil tahu dan bersikap memahami dan faham keadaan serta menerima segala permasalah klien dengan fikiran terbuka.
Buku ini membantu individu yang berminat meningkatkan kemahiran asas fasilitator dan membimbing sesame manusia secara efektif dan dinamik.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk di hantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.