Tajuk : Hindari Kanser Dengan Antioksidan
Penulis : Norman M. Norawi
Penerbit : True Wealth Sdn.Bhd 2009
Pengulas : AINE NADDIA BINTI SAMIN |
![]() |
Buku ini sesuai bagi mereka yang hendak mendalami pengetahuan mengenai
penyakit kanser . Antara kupasan daripada isi kandungannya menjelaskan
fakta yang dapat diterima oleh pakar-pakar perubatan bahawa pesakit yang
kurang mengambil antioksidan dan vitamin C akan lebih berisiko tinggi untuk
mendapat kanser perut (gastric cancer). Antara testimonial yang terdapat di
dalam buku ini menyatakan terdapat panduan dalam pengambilan suplemen
untuk menjaga kesihatan adalah merupakan satu panduan yang baik dan
komprehensif.
Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada 9 bab kesemuanya. Bab-bab
tersebut adalah:-
Kupasan daripada bab 1 yakni Apakah Maksud Antioksidan dan Radikal Bebas,
pembaca akan lebih memahami apa itu kanser. Kanser adalah merupakan
nama umum yang diberikan kepada lebih 200 jenis penyakit yang berlaku
akibat pertumbuhan dan penularan sel-sel yang tidak normal dalam badan.
Sel-sel kanser ini akan menular ke semua organ manusia dan merosakkan
fungsi normal organ-organ ini dan sekiranya tidak dikawal akan membawa
maut.
Manakala antioksidan dalam tubuh manusia pula adalah molekul-molekul yang
berupaya menentang radikal bebas dan melindungi sel-sel normal daripada
rosak oleh radikal bebas. Terdapat pelbagai jenis antioksidan yang terdiri
daripada mineral surih, vitamin, sebatian tumbuhan dan juga yang dihasilkan
oleh tubuh manusia secara semula jadi. Radikal bebas dikenali sebagai ‘zarah
oksidan’.
Sebagai ‘kawan’, radikal ini boleh memberi faedah kepada tubuh manusia di
dalam kuantiti yang sedikit. Antara faedah-faedahnya adalah ia berfungsi
membantu mengawal pergaliran darah di dalam saluran arteri, melawan
jangkitan kuman dan memelihara ketajaman fungsi otak. Ia juga penting
sebagai molekul yang memberi isyarat kepada alat kelamin lelaki untuk
meningkatkan pengaliran darah semasa terangsang secara seksual. Ia juga
membantu menghasilkan banyak sel-sel imun tubuh untuk membunuh virus
dan bakteria untuk melawan jangkitan semasa mendapat selesma dan
sebagainya dan juga membantu membunuh sel-sel kanser. Konsep ini
digunakan dalam kaedah kimoterapi.
Sebagai ‘lawan’pula kesan radikal bebas yang tidak terkawal, berlebihan dan
berterusan boleh menjadi punca pelbagai penyakit degeneratif yang kronik
seperti sakit sendi (arthritis), sakit jantung koronari dan serangan jantung,
strok (angin ahmar), darah tinggi (hypertension), katarak dan kanser.
Penyakit barah ataupun kanser ini dikaitkan sebagai salah satu punca
penyakit kerana kesannya merosakkan DNA di dalam nukleus sel yang
bermutasi menjadi sel kanser.
Untuk mengukur rahap radikal bebas dalam tubuh manusia adalah dengan
menggunakan Malondialdehydes (MDA) dalam air kencing.
Antioksidan boleh dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu:-
Kenapa antioksidan perlu? . Ini adalah disebabkan oleh masalah kekurangan
zat dalam makanan.
Secara kesimpulan penyakit kanser telah mula didokumentasikan sejak dari
zaman Mesir kuno lagi. Puncanya juga telah mula dikaitkan dengan faktor
pemakanan sejak dari zaman tersebut lagi. Dengan penemuan vitamin-vitamin
di zaman moden, ahli sains telah mencadangkan vitamin sebagai rawatan
kanser. Tetapi sejak wujudnya rawatan kimoterapi dan radioterapi, vitamin
dan antioksidan semakin dilupakan sehingga sekarang.
Pengambilan buah-buahan tempatan yang berwarna terang juga penting
dalam membantu pencegahan penyakit kanser. Antaranya seperti buah pitaya
atau dragon fruit, rambutan dan manggis yang kaya dengan antioksidan.
Selain daripada segi pemakanan pencegahan dapat juga diatasi dengan
mengambil suplemen buah-buahan dan sayuran.
Pencegahan itu lebih baik daripada mengubati. Isi kandungan buku ini ditulis
dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Maklumat yang
diberikan merangkumi apakah itu antioksidan dan radikal bebas, sejarah
perkembangan antioksidan, apakah sumber-sumber antioksidan, apakah
punca terjadinya radikal bebas, bagaimana antioksidan menentang radikal
bebas, kenapa kita perlu mengambil antioksidan sebagai suplemen setiap
hari, bagaimana kanser terjadi daripada tindakan radikal bebas, bagaimana
antioksidan boleh mencegah kanser, bagaimana pesakit kanser boleh
mendapat faedah daripada pengambilan antioksidan, ketahui kajian-kajian
sains yang berkaitan antioksidan dan kanser dan bagaimana mengamalkan
cara hidup sihat.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk di hantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.