Tajuk : Mengurus Kerja Berpasukan
Penulis : Ahmad Fadzli Yusof
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Pengulas : JES OWEN DAWINDA BIN BAIRI |
![]() |
Sekiranya saudara menganggap kerja berpasukan begitu asing bagi saudara, sebenarnya silap! Tanpa saudara sedari, begitu banyak aktiviti hidup saudara yang boleh ‘digilap’ dengan kaedah-kaedah kerja berpasukan. Menjaga anak, melayan suami, mengemas rumah, bersukan, menguruskan pejabat, melancong ke pulau indah, semuanya ada sangkut-paut dengan kemahiran kerja secara berpasukan.
Setiap hari saudara berurusan dengan orang lain di sekitar anda. Saudara tidak boleh menjadi seorang yang unggul jika tiada kemahiran bekerja dengan mereka. Kemuncak kejayaan seseorang peribadi itu bukanlah ‘berdikari dan tidak memerlukan orang lain’, tetapi seseorang itu dianggap benar-benar cemerlang jika dia boleh mencapai situasi ‘saling bergantungan’ antara satu sama lain.
Setiap hari saudara bekerja dengan orang lain walaupun bukan secara berpasukan. Belajar dalam kelas, menyiapkan kerja rumah, mengulang kaji pelajaran, kerja di pejabat, kerja persatuan, urusan-urusan rutin dan banyak lagi. Pendek kata, mahu tidak mahu, saudara mesti memahirkan diri bagaimana untuk bekerja dengan orang lain dengan sebaik mungkin.
Buku ini member informasi mengenai kemahiran bekerja secara berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis ‘kerja dengan orang lain’ yang paling popular dan berkesan. Sudah banyak organisasi-organisasi besar dan pakar-pakar pengurusan menekankan kepentingan aspek ini. Kerana apa? Kerana ia adalah penyumbang terbesar kepada kejayaan gergasi korporat dan prestasi mengagumkan pertubuhan-pertubuhan induk dunia. Ia umpama suatu rahsia yang perlu diterokai oleh semua.
Selain daripada kaedah kerja dalam pasukan yang formal dan identikal, buku ini juga memberi saudara beberapa kaedah dan kemahiran yang penting untuk bekerja dengan orang di sekeliling anda. Kadangkala, saudara boleh juga menganggap orang di sekeliling anda sebagai sebuah ‘pasukan’ yang turut sama membantu kejayaan hidup saudara. Bagaimana untuk bekerja dengan mereka? Buku ini mungkin boleh membantu saudara.
Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada 14 bab yang menerangkan secara lengkap tentang bagaimana menguruskan kerja berpasukan . Turut diselitkan juga kisah-kisah teladan supaya ianya lebih mudah difahami oleh para pembaca. Bab-bab tersebut ialah:-
Buku ini juga dapat membantu anda bagaimana hendak mencipta ikatan dengan rakan-rakan sekerja anda. Apakah teori-teori yang dapat menjadikan mereka semua komited dalam kerja berpasukan? Dengan membaca buku ini, anda dapat mengetahui asas-asas dalam pembinaan pasukan yang kukuh dan kuat. Lebih menarik lagi, anda juga mengetahui bagaimana hendak memimpin rakan-rakan sepasukan dan anda mengetahui bagaimanakah cara hendak memotivasi semangat mereka supaya terus bekerja bersama anda.
Satu lagi aspek yang penting bekerja bersama orang lain adalah persoalan mengenai mengenai membuat keputusan secara kolektif. Ia adalah perkara yang sering menyebabkan krisis dan konflik dalam kumpulan atau organisasi. Dengan membaca buku ini, anda boleh mendapat idea mengenai bagaimana hendak membuat keputusan bersama, bahkan bagaimana hendak meningkatkan kreativiti dalam pasukan kerja kita.
Selain daripada itu, anda juga mengetahui bagaimana hendak menghadapi krisis dan konflik sesama rakan-rakan anda. Bagaimana hendak mengendalikannya, supaya rambut tidak putus, tepung tidak berselerakan. Di akhir bab, terdapat kisah seorang tokoh pemimpin pasukan yang sungguh cemerlang yang berjaya membentuk ‘pasukan kerja’ di kalangan rakan-rakannya, sehingga mencetuskan tamadun dunia yang sungguh berkuasa. Telusurilah perjalanan tokoh berkenaan dalam kejayaannya membentuk dan menguruskan sebuah pasukan hebat.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku mungkin mengambil masa untuk dihantar ke Perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.