Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size

QSearch @ Murut |Murut @ Sabah |Tumbuhan Penghalau Nyamuk|Tips Belajar Tanpa Stress | Awaken The Giant |Cukupkah Wang Anda? | Memacu Transformasi | Tumbuhan Liar Berkhasiat Untuk Perubatan |96 Kod Rahsia Bagaimana Untuk Berjaya | Mencegah, Merawat Dan Memulihkan Penagihan Dadah | Perjalanan 1 Malaysia | Lansing Badan : Care Yourself | Berwaspadalah Dengan Bahaya Kosmetik | Buat Duit Dengan Penternakan Lembu | Rahsia Panjang Umur | Aura Guru Super

Print This Page

Tajuk : Murut @ Sabah Bisne Pelancongan
Penulis : Kumpulan 7 Stars
Penerbit : Perpustakaan Negeri Sabah
Pengulas : Chong Sui Kim

MURUT@SABAH, Jilid pertama merupakan sebuah bahan DVD yang dihasilkan sebagai salah satu daripada penyelesaian kepada masalah ‘Kesukaran Mendapatkan Maklumat Etnik Murut Di Sabah’. Projek ini dikendalikan oleh Kumpulan 7 Stars, sebuah kumpulan KIK Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, mulai Julai, 2015 hingga April, 2016.

Kumpulan ini telah menjalankan projek melalui lawatan, kajian ke perkampungan etnik Murut di Sabah. Maklumat yang dikutip meliputi beberapa topik khususnya mengenai budaya atau tradisi serta kehidupan masyarakat Murut. Isi kandungan DVD Murut@Sabah ini adalah pengenalan Sejarah Kewujudan Etnik Murut, Perkahwinan Murut atau Upacara Adat, masakan dan pakaian tradisi, rumah tradisi, tajau berian, corak dan motif serta cerita-cerita rakyat Murut.

Proses pengumpulan maklumat dalam DVD ini telah memakan masa selama hampir setahun iaitu Julai hingga September 2015 untuk fasa pertama dan Januari hingga April 2016 untuk fasa kedua. Dengan terbitnya Murut@Sabah (Jilid 1) ini diharapkan mampu memberi maklumat asas serta mendokumentasikan adat resam dan budaya etnik Murut yang berguna untuk para pelajar dan penyelidik.

DVD Murut@Sabah ini dihiasi dengan ratusan gambar berwarna serta klip video yang diperoleh hasil daripada lawatan kajian. Di antara klip video yang telah dirakam semasa lawatan kajian ialah Majlis Perkahwinan Adat ‘Limpuhu’ dan ‘Inasi’. Bahan ini mengandungi teks yang memberi penerangan dan maklumat yang terkandung di dalam gambar-gambar serta video. Murut@Sabah ini sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Murut@Sabah boleh didapati di Pusat Rujukan Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu dan semua rangkaian Perpustakaan Negeri Sabah untuk RUJUKAN DALAM PERPUSTAKAAN SAHAJA.

Sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088 – 214828, 231623, 256192 untuk maklumat lanjut.