Tajuk : Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar
Penulis : Mohd. Sharani Ahmad
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Pengulas : AINE NADDIA BINTI SAMIN |
![]() |
KANAK-KANAK yang dilahirkan di dunia ini semuanya memiliki kecerdasan yang membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Dengan kecerdasan yang dimiliki bersama dengan pancaindera, mereka akan secara perlahan-lahan memproses rangsangan dengan alam sekeliling. Dalam mencapai proses ini kanak-kanak memerlukan pembelajaran.
Apa itu pembelajaran?. Pembelajaran adalah merupakan proses yang dimulakan dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Setiap rangsangan itu diproses dan disimpan sebagai pengalaman. Dari pengalaman ini ianya boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah.
Buku "Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar", siri Prasekolah ini terbahagi kepada 11 bab iaitu:-
Dari bab 1 informasi yang diberi menyatakan terdapat beberapa jenis teori pembelajaran seperti Teori Pelaziman Klasik bermaksud sesuatu proses di mana gerak balas yang terlazim dipelajari iaitu sesuatu gerak balas pada sesuatu rangsangan yang sebelumnya belum lagi menyebabkan berlakunya sesuatu perlakuan. Kedua Teori Pembelajaran Operan yakni suatu tindak balas yang beroperasi ke alam sekitar. Ketiga Teori Piaget di mana ianya mempelopori teori kognitif yang banyak member sumbangan yang amat penting dan berguna dalam pembelajaran. Teori Thorndike pula adalah berdasarkan percubaan menggunakan haiwan bagi mengetahui bagaimana haiwan mempelajari sesuatu. Manakala Teori Bandura menekankan tingkah laku manusia berlaku hasil hubungan antara persekitaran dengan skema kognitif manusia itu sendiri, di mana pelajar mengubah tingkah lakunya sendiri melalui pemerhatian orang lain di sekelilingnya terutama ibu bapa, guru dan rakan sebaya.
Siapakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran?. Kanak-kanak golongan ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal sehingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka juga tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain.
Seorang guru khas bagi kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran ini hendaklah mengetahui tahap kemampuan kanak-kanak ini. Pengukuran hendaklah bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid daripada satu peringkat ke satu peringkat. Selain daripada pengukuran ini, guru juga harus tahu mengurus kehendak kanak-kanak bagi membolehkannya berintegrasi dengan mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Pendidikan khas bagi kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran ini adalah pengajaran yang bercorak individu direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan golongan kanak-kanak ini.
Lazimnya jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap kumpulan kanak-kanak seperti:-
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Khas ini adalah seperti merancang keperluan pembangunan fizikal, sumber mausia dan sumber kewangan jangka pendek dan jangka panjang, mengurus dan mengagihkan keperluan serta penempatan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan sokongan serta sumber bantuan pengajaran dan pembelajaran termasuk kewangan, mengkaji, mengadaptasi, mengubah suai kurikulum yang sedia ada, serta menggubal kurikulum yang disesuaikan jika perlu, bagi kumpulan kanak-kanak dengan keperluan khas, mengembang dan menghasilkan sumber-sumber pembelajaran bagi guru serta murid seperti Kod Tangan Bahasa melayu, Bahasa Isyarat, Kod Braille, buku-buku panduan, buku-buku bacaan tambahan dan pengayaan, merancang dan menjalankan program meningkatan keilmuan, kemahiran, kompetensi serta keterampilan guru pendidikan khas melalui program Kursus Latihan dalam perkhidmatan, kemajuan staf serta yang lainnya, memperluaskan pendidikan Vokasional, merancang aktiviti ko-kurikulum, menjalankan program pengalakkan yang melibatkan ibu bapa, masyarakat dan jabatan selain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan, memantau, mengkaji, menilai serta menganalisis keberkesanan dan pencapaian semua aktiviti pendidikan khas di jabatan dan akhir sekali mengenal pasti, menentu dan mendokumentasikan segala aktiviti yang akan dirancang dan yang telah dilaksanakan.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku - buku mungkin mengambil masa untuk dihantar ke Perpustakaan di luar Kota Kinabalu. Sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.