Tajuk : 19 Tabiat Kuasa Perubahan
Penulis : Zahir Zainudin & Amaludin Ab.Rahman
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sendirian Berhad
Pengulas : CHONG SUI KIM |
![]() |
HIDUP hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan hidup hari esok perlu
lebih baik daripada hari ini. Begitulah hakikatnya kehidupan. Manusia perlu
berubah agar menjadi lebih baik dan berjaya. Namun, proses perubahan ada
senang dan susahnya. Semakin besar perubahan yang dilakukan semakin
besarlah pengorbanannya. Makin besar pengorbanannya semakin
bermaknalah kejayaan yang dikecapi.
Sungguhpun demikian ada pengorbanan terhadap perubahan yang cuba
dilakukan mungkin sia-sia jika tidak kena cara dan dilakukan secara membuta
tuli. Dalam kata lain, untuk berubah kita perlu tahu caranya agar tidak kecewa
sendiri. Oleh itu, buku yang berjudul 19 Tabiat Kuasa Perubahan ini
menyajikan ke arah yang lebih baik. Tabiat yang diketengahkan merupakan
tabiat orang yang telah berubah dan telah mengecapi kejayaan.
Isi kandungan buku ini mengandungi sembilan belas bab kesemuanya iaitu,
bab pertama iaitu tabiat 1; Dapatkan Mesej “Aku Boleh Berubah”. Keinginan
untuk berubah ada di mana-mana. Apa yang penting adalah mendapatkan
mesej “Aku boleh berubah” daripada sesiapa sahaja. Sedar bahawa anda
boleh berubah dan melakukan perubahan demi masa depan sendiri.
Kegagalan untuk berubah bermula dengan otak yang terbiar. Tanpa
kesedaran terhadap kepentingan meningkatkan daya fikir, otak yang pintar
tidak mampu membuat perbuhan. Merancang untuk berubah adalah
merancang pemulihan otak terbiar (POT). Kejayaan berbagai-bagai. Semua
orang mahu berjaya. Kejayaan terletak pada Nasib atau Pilihan, anda harus
memilih satu antara dua. Perkataan mempunyai getaran yang merangsang
minda dan tindakan. Sedih, sayang dan marah ada kaitan dengan perkataan
yang anda pilih.
Kepercayaan diri yang positif dapat membantu anda mengukuhkan keyakinan.
Kehebatan “Ya” adalah Tabiat 5. ungkapan “Ya” memberi tenaga. “Ya” kepada
perubahan. Rangsangan “Ya” mampu menukar besi menjadi emas, miskin
menjadi kaya, sengsara menjadi bahagia dan gagal menjadi cemerlang,
gemilang dan terbilang. Sikap mendorong anda untuk lebih cepat mencapai
kejayaan. Sikap dan kejayaan sentiasa bergerak selari dan tidak boleh
diubah-uabh. Sikap yang positif memberikan kejayaan manakala sikap yang
negatif menunjuk jalan ke arah kegagalan.
Mengikut Jejak-jejak kejayaan adalah tabiat ke-tujuh; lebih mudah mengikut
jejak mereka yang telah berjaya mencapai cita-cita daripada anda meraba-
raba untuk membuat jejak. Ingat! Diri anda adalah sumber kekuatan terbesar.
Oleh itu jangan menghalang diri anda untuk menggunakan kekuatan sebenar
dan rangsangan untuk kejayaan berada di sekitar anda. Persekitaran,
pengalaman silam, maklumat, hasil kerja terdahulu dan gambaran kejayaan
semuanya membantu anda.
Cita-cita dan strategi sentiasa perlu seiring. Menilai kembali usaha anda untuk
berjaya akan memberi tenaga dan mempunyai matlamat yang tertulis serta
sentiasa dinilai supaya anda tetap mengingatinya sampai bila-bila.
Bab kesebelas; Bersikap jujur dengan diri jika sukar hendak berjaya. Anda
adalah kejadian yang sempurna. Akan tetapi kenapa kerja yang dilakukan
tidak sempurna? Kenyataannya ialah anda harus hidup dalam realiti. Jujur
dengan diri sendiri supaya anda tidak terlalu kecewa apabila gagal untuk
berjaya. Perbaiki diri dan membentuk arah tuju yang betul. Membantu orang
lain bermakna membantu diri sendiri. Keinginan anda untuk pergi jauh harus
dikongsi bersama rakan-rakan yang lain supaya anda dapat merasai betapa
puasnya berada dalam kalangan rakan-rakan yang mahu berkongsi idea dan
pengalaman.
Kegagalan adalah asam garam orang yang berusaha. Kegagalan milik orang
yang berputus asa dan tidak ada semangat melawan. Kegagalan adalah
racun terbaik untuk menghalang usaha anda meraih semua impian anda.
Sekali gagal tidak bererti akan gagal selama-lamanya.
Ingat! Diri Anda Lebih Hebat adalah tabiat kuasa perubahan ke-empat belas;
Dalam diri anda terkumpul semua sumber kekuatan. Tidak ada sebab kenapa
anda tidak boleh menjadi lebih hebat daripada rakan-rakan anda yang telah
berjaya kerana anda sememangnya mempunyai cukup kekuatan untuk
mengalahkan mereka.
Perubahan yang cepat dan segera tidak selalu muncul. Anda patut melihat
dan memerhati bagaimana ramai orang telah berubah. Mereka juga
melakukan kesilapan, malah lebih teruk daripada anda tetapi mereka mahu
berubah. Cara anda berubah akan memberika keputusan yang hebat. Berfikir
dengan perspektif berbeza membantu dunia melihat anda sebagai seorang
yang istemewa. Tahukah anda Kejayaan lebih mudah dan cepat dengan
berpandukan petua? Mempercayai satu petua dengan keyakinan yang utuh
adalah lebih baik daripada adanya sepuluh petua tetapi tidak
mempercayainya langsung.
Disamping itu, anda mesti mempunyai ciri-ciri termostat; sentiasa sensitif
dengan perubahan. Alam tidak pernah menolak hujan dan kemarau tetapi
menyesuaikan diri dengan kelembapan dan kepanasan. Anda juga harus
bersifat begitu. Akhir sekali, ingat! Jika anda bersedih kerana gagal
mendapatkan sesuatu yang anda hajati, ingatlah bahawa Tuhan sedang
memberikan pilihan yang terbaik untuk anda. Apa yang lebih penting anda
mesti bersabar. Kejayaan akan menjadi milik anda.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di
www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui
ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk di hantar ke
perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan
terdekat untuk tempahan pinjaman.