Tajuk : Rumput Laut Perairan Sabah
Penulis : Lelian Edang, Fazrullah Rizally Abdul Razak & Agnie Ang Nyok Fah
Penerbit : DAWAMA SDN. BHD
Pengulas : NORISAH BINTI MOHD TALIP |
![]() |
Negeri Sabah sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi
yang cantik dan menarik. Di negeri Sabah tersimpan pelbagai khazanah
spesies flora dan fauna sama ada di daratan mahupun didasar laut. Terdapat
pelbagai sepsis flora dan fauna marin yang begitu mempersona dan
menarik minta pencinta alam samudera.
Khazanah yang tersimpan sejak berjuta - juta tahun dahulu kini menjadi
tarikan salah satu aktiviti pelancongan. Namun demikian tidak semua orang
dapat menikmati keindahan alam semula jadi di dasar laut kerana ianya
memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menerokai khazanah yang
tersembunyi di dasar laut. Jika anda seorang penyelam, sudah pasti anda
dapat membayangkan keadaan dunia dasar laut yang penuh dengan
keajaiban. Salah satu hidupan yang cukup indah dan menarik yang boleh
diperolehi adalah rumput laut yang mana ia adalah merupakan tumbuhan
angiosperma marin . Seperti rumput di daratan, rumput laut juga mempunyai
akar, daun, batang atau rizom, dahan, bunga dan juga buah yang
menghasilkan biji benih.
Buku berjudul Rumput Laut Perairan Sabah menyediakan pelbagai
maklumat berkenaan dengan rumput laut. Isi kandungan di dalam buku ini
diselitkan ilustrasi berserta dengan maklumat ringkas untuk memudahkan
para pembaca memahami dan mengencam spesis yang ada di Sabah.
Buku ini mengandungi 7 bab iaitu :-
Rumput laut kebanyakannya tumbuh di kawasan perairan yang cetek di
pesisiran pantai. Ia lebih banyak dijumpai di kawasan yang berpasir,
pasir berlumpur dan kawasan yang terlindung. Selain itu, tumbuhan ini
juga boleh ditemui di kawasan berpasir bersama – sama serpihan batu
karang mati. Apabila menyebut rumput laut, pasti masih ramai yang keliru
dengan tumbuhan ini dan sering melabelkannya sebagai rumpai laut.
Rumpai laut atau makroalga juga merupakan koloni dasar laut, namun
tumbuhan ini amat berbeza sekali dengan rumput laut. Rumpai laut tidak
mempunyai akar. Ia hanya mepunyai pelekap untuk membolehkannya
berpaut atau melekat pada batu atau tanah berpasir di dasar laut. Daunnya
juga tidak berurat seperti lazimnya yang terdapat pada rumput laut.
Rumpai laut hanya mempunyai spora untuk pembiakan, manakala rumput
laut membiak melalui percambahan biji benih. Ia juga mempunyai system
akar tulen yang kuat yang tertanam di dalam pasir atau pasir berlumpur.
Urat daun terdapat pada daunnya .
Hamparan rumput laut merupakan habitat pantai yang sangat unik. Antara
kepentingan hamparan rumput laut ialah :-
Dalam bab 7, buku ini mengupaskan berkenaan ancaman dan
pemuliharaan rumput laut. Pembuangan sampah dan bahan-bahan buangan
secara tidak terkawal ke dalam sungai boleh mengakibatkan pencemaran
sungai. Sampah sarap yang hanyut ke laut merupakan faktor yang
menganggu ekosistem laut. Bahan cemar yang terapung di permukaan
laut dan boleh menyebabkan cahaya Matahari terhalang daripada
menembusi hingga ke dasar laut. Bahan cemar ini juga melarut di dalam
air dan menyebabkan penambahan nutrient yang akan menggalakan
pertumbuhan rumpai seperti alga dan lumut ini menyebabkan
berlakunya persaingan antara alga dengan rumput laut. Oleh yang
demikian, kesedaran dari semua lapisan masyarakat terhadap kepentingan
rumput laut perlu dipertingkatkan. Kerjasama semua pihak untuk mengambil
bahagian dalam usaha melindungi, memelihara dan memulihara juga amat
diperlukan.
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di
www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui
ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku - buku mungkin mengambil masa untuk dihantar ke
Perpustakaan di luar Kota Kinabalu. Sila berhubung dengan perpustakaan
terdekat untuk tempahan pinjaman.