Tajuk : 20 website berguna untuk guru
Penulis : Iskandar Ab Rashid, Zaitun Ismail
Penerbit : Venton Publications Sendirian Berhad
Pengulas : CHONG SUI KIM |
![]() |
20 Website Berguna Untuk Guru adalah sebuah buku yang mengandungi
penjelasan dan cara untuk mencapai lebih dari dua puluh tapak sesawang
(website) yang mengandungi bahan untuk pengajaran dan pembelajaran
serta menguruskan maklumat pelajar dan kelas.
Melalui buku ini, guru akan dapat mencapai serta mencetak beribu contoh
rancangam pengajaran, rubric, aktiviti dan lembaran kerja. Guru juga dapat
menguruskan markah pelajar, menyimpan maklumat kelas dan menghebahkan
dapatan kajian mereka melalui internet. Buku ini sesuai dimiliki oleh guru
semua guru termasuk guru prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
Isi kandungan buku bertajuk 20 Website Berguna Untuk Guru ini dibahagikan
kepada dua puluh empat bab kesemuanya. Tidak dapat dinafikan lagi,
kehadiran ICT mengubah cara guru dan pendidik bekerja. Banyak perkara
yang dulunya dilakukan secara manual kini dapat dilakukan secara automatik.
Guru dapat mencari bahan pengajaran, berkongsi maklumat serta
mendapatkan nasihat dari pakar dengan lebih menyeronokkan, ada banyak
bahan serta perkhidmatan yang boleh dicapai secara percuma.
Ada guru yang merungut kerana dengan adanya komputer, mereka terpaksa
belajar kemahiran yang baru. Perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana
guru yang sememangnya memberi semangat kepada murid untuk terus
belajar sepatutnya memberikan tauladan yang baik. Guru sendiri harus sedia
untuk belajar dan menimba ilmu.
ICT sebenarnya telah membantu menambahkan lebih banyak opsyen kepada
guru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
membolehkan guru mendapatkan maklumat dengan pantas tanpa perlu ke
pusat sumber. Lebih banyak tugas dapat diselesaikan dalam masa yang
singkat.
Apa yang guru boleh dapat melalui Internet? Ada banyak bahan serta alatan
guru yang boleh didapati melalui internet. Gambar digital dan clipart boleh
digunakan dalam flashcard serta nota yang guru sediakan untuk pelajar. Guru
juga boleh dapatkan contoh rancangan pengajaran. Ini pasti memudahkan
guru membuat persediaan dan mencari idea baru untuk mengajar.
Guru juga boleh dapatkan perisian (software) untuk uruskan kelas. Ada
banyak alatan (tool) yang boleh diperolehi atau dicapai melalui Internet yang
dapat membantu guru menyimpan pelbagai maklumat seperti maklumat
peribadi pelajar, gred, membuat analisis markah serta berkomunikasi dengan
penjaga.
Selain daripada itu guru juga dapat menggunakan Internet untuk
menghebahkan idea yang mereka gunakan ketika mengajar. Guru yang minat
tentang kerjayanya sentiasa mencari kaedah baru untuk menambah baik dan
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilakukan
dengan lebih tersusun melalui kajian tindakan (action research) diisamping
boleh menghebahkan hasil kajian dapatan mereka melalui laman web, iaitu
dokumen yang diletakkan dalam hos sesawang (web host) yang boleh dicapai
melalui Internet. Dengan cara ini, guru dapat berkongsi maklumat dan
mendapat maklum balas dari guru-guru lain.
Guru juga dapat menyertai senarai mel (mailing list) atau mana-mana
kumpulan guru. Ada banyak kumpulan yang ada dalam Internet. Guru dapat
baca arkib yang pernah dihantar ke kumpulan tersebut. Guru juga dapat
poskan soalan ke kumpulan sekiranya menghadapi masalah. Ada ramai pakar
yang bersedia membantu guru yang berhubung melalui Internet. Sekiranya
guru ada banyak masa yang terluang, beliau boleh juga membuka kumpulan
sendiri. Ada banyak tapak sesawang yang menyediakan perkhidmatan
kumpulan secara percuma.
Buku ini membincangkan tentang 20 tapak sesawang yang dapat membantu
guru menjalankan tugas dengan lebih pantas dan efisien. Dokumen serta
bahan yang dicapai melalui Internet sering bertambah. Ada juga dokumen
yang tidak dikemaskini dan dibuang dari Internet. Ada kemungkinan tapak
sesawang yang dibincangkan dalam buku ini tidak lagi dapat dicapai selepas
seketika. Untuk mendapatkan maklumat terkini, guru boleh kunjungi tapak
blog yang dibina oleh pengarang, iaitu di URL seperti berikut
http://cybercikgu.blogspot.com
Sila lawati katalog online Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-256192 untuk mengetahui
ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk di hantar ke
perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan
terdekat untuk tempahan pinjaman.